Saturday, 13 July 2013

PERMANDANGAN DAN KEMUDAHAN SEKOLAH (II)

Pusat Sumber dan Perpustakaan

Bilik Kemahiran Hidup


Stor am dan Stor sukan

Kantin 

Tandas pelajar

Tandas Staf

Bilik RMT

Friday, 12 July 2013

PERMANDANGAN & KEMUDAHAN SEKOLAH (I)

Pintu depan sekolah
Pintu depan sekolah

Tempat letak kereta

Pondok pengawal keselamatan


Dewan sekolah

Gelanggang sebarguna

Bilik Guru Besar

Bilik Penolong Kanan

Pejabat am
Bilik Darjah Tahun 1 hingga 6

Bilik Pemulihan

Kelas Agama Islam










Wednesday, 10 July 2013

STAF AKADEMIK DAN STAF SOKONGAN SEKOLAH


Gambar Staf Akademik
Staf Akademik:
1. ENCIK WILLIAN AWING- GURU BESAR
2. PUAN KUSSANAWATI BINTI SAIBI-GURU PENOLONG KANAN 1
3. PUAN PERES ANAK DERI-GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
4. ENCIK ABU NAWAS B. ABANG MORNI-GURU PENOLONG KANAN KK
5. ENCIK ABU BAKAR BIN KIDAM-GURU AGAMA
6. PUAN FATIMAH BT YUSOF-GURU PEMULIHAN
7. ENCIK STANLEY ANAK NYALIN-GURU DATA
8. PUAN FAUZIAH BT SOLFIE-GURU KELAS TAHUN 1
9. PUAN LING KING HUNG- GURU KELAS TAHUN 2
10. PUAN NORIA BT BERTAU- GURU KELAS TAHUN 3
11. PUAN WONG WANG DING- GURU KELAS TAHUN4
12. PUAN CHIONG LEH HUONG-GURU KELAS TAHUN 5
14. PUAN SITI HUZAIMAH ABDULLAH-GURU KELAS TAHUN 6
15. DAYANG ZUIDA ABANG USOP- GURU NILAM
16. PUAN MASLINA BINTI MOHD. NOOR-GURU J-QAF

 Staf Sokongan:
1. ABANG ZAKARIA BIN ABANG WASLI-PEMBANTU AN PEJABAT
2. SITI ROSNAH BINTI SALLEH-PEMBANTU TADBIR (telah berpindah ke sekolah lain untuk berkhidmat)


CARTA ORGANISASI SEKOLAH







PELAN SEKOLAH


LOGO SK ST AUGUSTINE, MERADONG


Tuesday, 9 July 2013

VISI DAN MISI SEKOLAH


VISI

Menjadikan SK ST. AUGUSTINE 'M' MERADONG salah sebuah sekolah cemerlang.

Misi
Untuk melahirkan generasi mudah yang cemerlag melalui pendidikan berkualiti berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

LATAR BELAKANG SEKOLAH SK ST. AUGUSTINE (AS494) MERADONG, SARAWAK .


SK St. Augustine merupakan salah sebuah daripada 146 sekolah rendah di Bahagian Sarikei, Sarawak.  Ia terletak di KM 1, Jalan Kelupu, Bintangor.  Jarak sekolah ini dari Bandar Bintangor ialah 1 km dan 45 km dari Bandar Sarikei.  Ia mempunyai kawasan seluas 3.85 ekar.  SK St. Augustine ditubuhkan pada tahun 1927 oleh mubaligh Kristian Katolik yang diketuai oleh Rev. Leonard v.d. Bergh iaitu seorang paderi berbangsa Belanda.  Di samping sebagai paderi, beliau juga memegang jawatan sebagai Guru Besar yang pertama bagi SK St. Augustine.  Tujuan utama beliau membina sekolah ini adalah untuk menyampaikan ajaran agama Katolik dan mendidik murid-murid yang hendak belajar Bahasa Inggeris.

Pada 11 November 1952, Jabatan Pendidikan Kuching memberi kelulusan bagi SK St. Augustine untuk mengadakan aliran Bahasa Cina.  Lantaran itu, sekolah ini mempunyai dua sesi iaitu sesi pagi untuk kelas aliran Bahasa Inggeris dan sesi petang untuk kelas aliran Bahasa Cina.  Sehingga sekarang kaum Cina memanggil sekolah ini sebagai "Ing Hang". "Ing" bermaksud Inggeris dan "Hang" bermaksud Bahasa Cina.  Oleh itu, "Sekolah Ing Hang" bermaksud "Sekolah Bahasa Ingeris dan Cina".

Pada masa itu, bangunan St. Augustine dibuat daripada papan dan kayu dua tingkat.  Sebuah rumah asrama telah dibina pada tahun 1957.  Asrama itu khusus untuk murid-murid Iban yang datang dari rumah panjang yang jauh dari Bandar Bintangor.  Apabila Majlis Daerah Meradong (Nama lamanya Binatang District Council) membina sekolah tempatan untuk setiap kampung di seluruh Daerah Meardong, maka semenjak 1966 tiada murid lagi yang menetap di asrama SK St. Augsutine.  Pada tahun 1927 bangunan sekolah yang dibina didapati tidak selamat. Justeru itu, atas sumbangan separuh wang (50%) dibantukan oleh kerajaan dan separuh wang diderma dari penduduk di Bandar Bintangor, maka bangunan baru siap dibina pada tahun 1969.  Bangunan yang lama dimusnahkan pada Ogos 1969.  Kemudian sebuah bangsal untuk meletakkan kereta , motosikal dan basikal telah dibina pada tahun 1986.

Pada masa kini SK St. Augsutine merupakan sebuah sekolah rendah yang berpenghantar Bahasa Melayu.  Ia mempunyai 13 orang guru (termasuk Guru Besar), dua staf sokongan dan 163 orang murid.  Kini ia menjalankan satu sesi sahaja iaitu di sebelah pagi.


Pada masa sekarang pencapaian UPSR sekolah ini sangat memuaskan.  Prestasi murid dalam matapelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik adalah hampir 90% kelulusannya semenjak beberapa tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2004 peratus kelulusan UPSR ialah 95.8%.

Monday, 8 July 2013

SEJARAH LATAR BELAKANG

Sebelum tahun 1927, tiada sekolah aliran Bahasa Inggeris di Bandar Bintangor.(Nama lamanya Binatang). Pada masa itu, kaum Cina menghantar anak-anak mereka belajar Bahasa Cina di Sekolah Kai Wen.  (Nama barunya ialah SRB dan SMK Kai Chung).  Seorang paderi Kristian Katolik bernama Rev. Leonard v.d Bergh datang ke Bintangor.  Beliau memberi syarahan mengenai ajaran agama Katolik.  Di samping itu, beliau pun membina sebuah sekolah "St. Augustine School" untuk murid-murid yang hendak mempelajari Bahasa Inggeris pada masa itu.  Ia ditubuhkan pada tahun 1927.  Tujuan utama beliau membina sekolah ialah untuk mendidik orang dan menyebarkan agama Katolik.  Pada tahun 1928, bilangan penganut agama Katolik bertambah dan meningkat ke 400 orang di Bintangor.