Monday, 8 July 2013

SEJARAH LATAR BELAKANG

Sebelum tahun 1927, tiada sekolah aliran Bahasa Inggeris di Bandar Bintangor.(Nama lamanya Binatang). Pada masa itu, kaum Cina menghantar anak-anak mereka belajar Bahasa Cina di Sekolah Kai Wen.  (Nama barunya ialah SRB dan SMK Kai Chung).  Seorang paderi Kristian Katolik bernama Rev. Leonard v.d Bergh datang ke Bintangor.  Beliau memberi syarahan mengenai ajaran agama Katolik.  Di samping itu, beliau pun membina sebuah sekolah "St. Augustine School" untuk murid-murid yang hendak mempelajari Bahasa Inggeris pada masa itu.  Ia ditubuhkan pada tahun 1927.  Tujuan utama beliau membina sekolah ialah untuk mendidik orang dan menyebarkan agama Katolik.  Pada tahun 1928, bilangan penganut agama Katolik bertambah dan meningkat ke 400 orang di Bintangor.


1 comment:

  1. merit casino - Xn--o80b910a26eepc81il5g.online
    In this video, you can see 온카지노 a casino called the merit casino which is a member 메리트 카지노 주소 of the casino. As you probably deccasino know, it is called the

    ReplyDelete